IMAN DI PROGRAM 1MPAK ANJURAN KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

PROGRAM 1MPAK DI DATARAN KERAYONG, BERA.




*Gambar Pengurus Besar Syarikat, Encik Ahmad Shamren Hairie 
ketika menerima plak daripada Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Sabtu lepas bersamaan 27hb  Januari 2018 bertempat di Dataran Kerayong, satu program anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) iaitu Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1mpak) yang disebut sebagai "1mpak" telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KKLW. Program ini diterajui oleh pihak Majlis Amanah Rakyat dan dibawah seliaan Kementerian KKLW.

Program 1mpak ini dianjurkan bagi memastikan ekonomi masyarakat Luar Bandar terus berdaya saing dengan mengalakkan pembanggunan dari sektor keusahawanan bagi mewujudkan kira-kira 250,000 peluang pekerjaan dicipta dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dato Seri Ismail Yaakob juga menegaskan ia merupakan sebahagian program jangka panjang MARA yang menyasarkan setiap peluang pekerjaan yang diwujudkan haruslah sekurangnya RM1,500 sebulan.






Pada majlis yang sama, syarikat Iman telah dipilih oleh pihak MARA sebagai salah satu penerima pembiayaan perniagaan yang bertujuan meningkatkan kemampuan daya saing syarikat. Dengan pemilihan syarikat Iman ini, pihak pengurusan syarikat dapat meningkatkan produksi kilang dengan penambahan prasarana kilang seperti mesin-mesin, sistem pengaliran udara, sistem penyimpanan barang dan pelbagai lagi. Kami dari pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada MARA Kuantan, MARA Pahang dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

0 ulasan:

Post a Comment