KILANG IMAN MENGENALPASTI RUANG PASARAN "OEM" DI MALAYSIAN INTERNATIONAL FOOD & BEVERAGE TRADE FAIR 2017

Kilang Iman Mengenalpasti Ruang Pasaran "OEM" di MIFB Trade Fair 2017 bertempat di  PWTC.





Pada 11 Ogos 2017, Kilang Iman mula berani mengorak langkah dalam percubaan  untuk mendapatkan kontrak pembuatan dan pengilangan untuk jenama antarabangsa mahupun jenama yang bertapak di Malaysia.

Di Pameran Perdagangan atau dalam bahasa Inggeris "Trade Fair" ini telah disertai pelbagai syarikat yang berkecimpung dalam bidang pemakanan di negara-negara membangun seperti Turki, Korea Selatan, China, Australia, Malaysia dan Negara Eropah Timur. Penyertaan syarikat Malaysia dalam pameran ini telah membuka peluang syarikat untuk mengembangkan jaringan pembeli dan juga pembekal. Dengan peluang diberikan ini, syarikat bukan sahaja dapat mencari peluang "Kontrak Pembuatan atau Pengilangan" bahkan mengurangkan kos mereka dengan membuat pembelian bahan-bahan produksi terus dari Luar Negara. 



Gambar wakil Kilang Iman bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, 
Yang Berhormat Tuan Anthony Nogeh Gumbek (kiri), meninjau booth pameran dari IMAN NO 1 .


Kilang Iman pada hari ini mula mencari pelanggan individu atau syarikat dalam dan luar negara yang ingin mengilangkan produk makanan jenama sendiri yang berasaskan sos, kicap, makanan sejuk beku dan lain-lain kini boleh terus menghubungi wakil syarikat yang tertera seperti dibawah jika terdapat sebarang pertanyaan dan keraguan.

Pejabat : 09-5701150
Email : garisanmultazam@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/imanno1official/
Instagram   : https://www.instagram.com/iman_no1_official/
.
#mudahcepatdansedap #imanno1 #foodporn #foodstagram #sauses#sausefromscratch #sausey #foodenthusiast #malaysianfood #asianfood#foodoem #foodprocessing #foodmanufacture

1 ulasan:

  1. Salam sejahtera

    Kilang Iman ada mengeluarkan produk nugget?

    ReplyDelete