IMAN NO 1 DI PAMERAN INDUSTRI MAKANAN HALAL TOKYO, JEPUN

IMAN NO 1 KINI DI JEPUN






Setelah 5 tahun berkelana dalam bidang pemakanan di Malaysia, kini akhirnya jenama Iman No 1 keluaran syarikat kami mula berjaya mendapat tempat di pasaran global. Pada tahun 2017 menyaksikan syarikat kami mula aktif dengan kegiatan eksport ke negara seperti Dubai, U.A.E dan terbaru Jepun. Pada 11 haribulan April 2017 bertempat di  Tokyo, Jepun; Team Iman No 1 menyertai pameran syarikat industri makanan dari Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani dengan bantuan kedutaan Malaysia di Jepun. Secara tidak langsung dengan penyertaan Iman No 1 di majlis ini dapat membantu kami mengorak langkah di negara matahari terbit ini.

0 ulasan:

Post a Comment